admin

Maksud pendinginan

Nak tahu apa maksud pendinginan? Pendinginan atau dengan kata lain penyejukan ialah proses mengeluarkan haba dan memindahkannya ke tempat lain. Tujuannya ialah merendahkan dan mengekalkan suhu tempat atau bahan tersebut. Sebagai contoh, penyaman udara ialah sejenis alat pendingin yang mendinginkan suhu di dalam sesbuah bilik. Boleh katakan pendinginan = penyejukan. Mungkin disalah eja sebagai pendingan.

Maksud cendekiawan

cendekiawan dalam bahasa Inggeris: intellectual Maksud perkataan ini: Definisi : kaum (orang) cerdik pandai; kaum (orang) terpelajar; intelektual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Kadang kala, orang tersalah eja perkataan ini seperti cendiakawan atau cendiakiawan.

Maksud cincang

cincang dalam bahasa Inggeris: chopped Maksud perkataan ini: [cin.cang] | چينچڠ Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Contoh ayat: Ali mencincang air itu tapi tidak putus-putus.

Maksud review

Perkataan review ialah perkataan dalam bahasa Inggeris. Ia membawa maksud: kajian semula. Selain daripada itu, perkataan review ini juga membawa maksud ulasan. Sebagai contoh, ulasan produk ataupun ulasan mengenai sesuatu.

Maksud nomofobia

Ini sebenarnya adalah perkataan baharu yang membawa maksud takut atau gelisah apabila telefon bimbit tidak berada dengan anda. Jika anda fobia apabila telefon anda tidak bersama anda, maksudnya anda mempunyai fobia ini. Ini adalah satu fobia baru wujud kerana pergerakan teknologi yang begitu cepat.