Maksud cetak

cetak dalam bahasa Inggeris: print

Maksud perkataan ini:

[cé.ta/] | چيتق

Definisi : /cétak/ cap (tanda, huruf) pd kertas atau pd kain: mesin ~ mesin utk menurunkan tulisan pd kertas dsb. bercetak dlm bentuk cetak; sudah dicetak. mencetak 1 menurunkan tulisan, gambar dll pd kertas atau pd kain dgn alat cetak (utk dijadikan buku dsb); mengecap. 2 menuang sesuatu (logam dsb) ke dlm acuan; membuat sesuatu dgn acuan: ~ timah. mencetakkan mencetak utk. tercetak telah dicetak; termeterai. cetakan apa-apa yg dicetak (buku dsb). percetakan 1 (segala) urus­an yg berkaitan dgn hal menghasilkan bahan bercetak. 2 tempat atau syarikat mencetak: pejabat ~. pencetakan perbuatan atau hal mencetak. pencetak 1 orang atau syarikat yg mencetak. 2 alat utk mencetak. ~ laser pencetak yg menggunakan sinaran laser utk menghasilkan cetakan (teks, imej dsb) yg lebih jelas. ~ matriks bintik ist pencetak yg membentuk setiap aksara cetakan berdasarkan matriks yg mengandungi corak bintik aksara. ~ warna alat yg boleh mencetak teks, gambar dsb dlm berbagai-bagai warna pd kertas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *