Maksud dahulu

dahulu dalam bahasa Inggeris: first

Maksud perkataan ini:

[da.hu.lu] | دهولو

Definisi : 1 masa yg telah lalu: ~, orang tidak menggunakan elektrik. 2 mula-mula dilakukan atau dibuat: Berfikirlah ~ sebelum menjawab. 3 di hadapan: Abangnya berjalan ~, kemudian adiknya. mendahului 1 mencapai sesuatu matlamat lebih awal: Dlm perlumbaan itu, Ahmad telah ~ Ibrahim. 2 berada di hadapan: Ketika berjalan-jalan di pesta itu, Ana ~ kedua-dua ibu bapanya. mendahulukan 1 membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: Ia ~ kerja-kerja pejabat drpd kerja-kerja rumah. 2 memberi keutamaan kpd: Mereka telah ~ orang-orang susah dlm menyampaikan derma itu. terdahulu lebih awal: Dia pergi ke sekolah ~ drpd saya. pendahuluan permulaan: bayaran ~ bayaran yg awal sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *