Maksud intervensi

intervensi dalam bahasa Inggeris: intervention

Maksud perkataan ini:

[in.ter.vén.si] | اينترۏينسي

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, intervensi membawa maksud campur tangan dalam sesuatu urusan yang melibatkan dua pihak (orang,negara, golongan) lain.

Perkataan intervensi merupakan kata pinjaman Bahasa Inggeris iaitu intervention. Intervensi juga tergolong dalam kata nama yang berfungsi untuk menerangkan sesuatu.

Contoh perkataan : Hubungan antara Jepun dan China sudah lama tidak sehaluan disebabkan intervensi pelbagai pihak sejak sedekad yang lalu.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *