Maksud kaki

kaki dalam bahasa Inggeris: legs

Maksud perkataan ini:

[ka.ki] | کاکي

Definisi : 1 bahagian tubuh manusia atau haiwan yg bermula dr paha ke bawah dan digunakan utk berjalan, berdiri dll: Dia melunjurkan ~nya. 2 bahagian (drpd) kaki 1 yg di bawah sekali: ~nya luka terkena kaca. 3 bahagian yg menopang atau yg menyangga sesuatu: ~ kerusi bahagian kerusi sebelah bawah yg bertumpu ke lantai. 4 bahagian drpd sesuatu yg di sebelah bawah: ~ bukit bahagian bukit yg di sebelah bawah. 5 satuan ukuran panjang yg panjangnya dua belas inci: Jambatan itu panjangnya enam ratus ~. 6 penjodoh bilangan bagi beberapa benda: tiga ~ bunga; se~ payung. 7 ki orang yg suka melakukan sesuatu atau yg terlalu gemar akan sesuatu: ~ arak orang yg suka minum arak. ~ ayam a. kaki pd ayam. b. kaki yg tidak berkasut. ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan atau pendapat orang lain. ~ bangku a. kaki pd bangku. b. orang yg tidak pandai bermain bola. ~ botol orang yg suka minum minuman keras atau minuman yg memabukkan. ~ bunga bekas (tempat) meletakkan bunga. ~ gaduh orang yg suka bergaduh atau suka berkelahi. ~ hutan tepi atau pinggir hutan. ~ langit bahagian langit yg kelihatan seakan-akan bertemu dgn permukaan laut atau bumi. ~ lima a. lantai di antara hadapan kedai dgn jalan (tempat orang lalu-lalang); lantai di antara hadapan rumah dgn jalan. b. lantai yg beratap yg menghubungkan dua buah rumah. ~ pancing orang yg suka memancing dan biasanya yg pandai memancing. ~ seluar bahagian bawah seluar yg menutupi kaki. ~ tangan a. kaki dan tangan manusia. b. orang yg diperalat oleh orang lain. ~ tiga alat yg berkaki tiga utk menopang kamera, teleskop dsb; tripod. berkaki mempunyai kaki: binatang yg ~ empat. ~ ayam tidak memakai kasut. ~ kpd (pd) bergantung pd. ~ seribu lari cepat-cepat kerana ketakutan. mengaki 1 sama-sama bekerja dgn tidak mendapat bayaran. 2 patuh atau taat. ~ langit rata atau lurus spt kaki langit. ~ meja tidak naik darjah. pekaki; ~ layar galah besar yg di sebelah bawah layar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *