Maksud adil

adil dalam bahasa Inggeris: fair

Maksud perkataan ini:

[Öa.dil]/[a.dil] | عاديل

Definisi : 1. menyebelahi pihak yg benar (bkn se­suatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dsb): raja yg ~; tindakan yg ~; hakim itu ~ keputusannya; 2. meletakkan sesuatu pd tempatnya yg betul (bkn sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputus­an dsb): pelantikan seseorang yg ahli dlm bidangnya adalah satu pelantikan yg ~; 3. menepati hak seseorang atau sesuatu: kadar taksiran mestilah ~ dan tidak menjadi satu beban kpd penduduk; para pekerja men­dapat layanan dan ganjaran yg ~, setimpal dgn pengorbanan yg dilakukan kpd organi­sasi; 4. tidak menyebelahi mana-mana pihak (bkn layanan terhadap seseorang dsb), tidak berat sebelah: tugas ibu bapa ialah berlaku ~ dlm sesuatu pemberian kpd anak-anak dgn tidak melebihkan seorang drpd yg lain; mengadili menimbangkan dgn saksama serta memutuskan (dlm mahkamah dsb), memeriksa dan menghukum orang dgn adil: ~ dan menghukum orang-orang yg melanggar undang-undang; keadilan sifat (perbuatan, tindakan, dll) yg adil: ~ seseorang raja atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian yg adil; menciptakan ~ masyarakat mengadakan susunan dan keadaan yg adil bagi kehidupan dlm masyarakat; ketidakadilan perihal (keadaan, perbuatan, kejadian, dsb) tidak adil; peradilan segala yg berkaitan dgn perkara pengadilan: selalunya ahli sains membuat ~ moral kpd rakan-rakan mereka; pengadilan 1. mahkamah, majlis, dsb yg mengadili: aku akan dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima keadilan; 2. perihal (perbuatan dsb) meng­adili, perbicaraan serta keputusan oleh peng­adil: penjahat-penjahat perang dijatuhi hukum­an mati dlm ~ di mahkamah Nurem­berg; 3. perihal (perbuatan dsb) mengadili sesuatu pertandingan dsb: ~ pertandingan pakaian aneka ragam; pengadil 1. orang yg mengadili sesuatu per­kara, hakim: jikalau orang yg membuat undang-undang juga menjadi ~ undang-undang, nescaya tidak ada kebebasan; ~ litar pengadil yg beredar ke beberapa tempat (bandar dsb) utk menjalankan perbicaraan; 2. orang yg mengadili pertandingan atau perlawanan (spt bola sepak, tinju, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment