Maksud akaun

akaun dalam bahasa Inggeris: account

Maksud perkataan ini:

[a.kaun] | اکاءون

Definisi : 1. rakaman berupa catatan atau kete­rangan ringkas mengenai urusan yg melibat­kan pembayaran (penerimaan dsb) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan kredit buku kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan pembayaran atau penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan rakaman yg berkaitan dengannya; ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank; ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~ bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn masing-masing berhak menge­luarkan simpanan drpd akaun itu; ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemung­kinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yg meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan utk satu tempoh perakaunan; ~ penerima sahaja arahan pd cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan; ~ semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dgn cek; ~ sim­panan akaun yg dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; ~ T akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi akaun yg menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian utk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan; perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *