Maksud alur

alur dalam bahasa Inggeris: groove

Maksud perkataan ini:

[a.lur] | الور

Definisi : 1. lekuk memanjang (pd tanah, kayu, dll), lurah; ~ di dlm redang tempat lalu perahu di dlm redang; 2. Mn jalan (aturan adat) yg benar; 3. jalan (aturan, landasan, dsb) yg diikuti ke arah sesuatu matlamat dll: sudah jelas ~ matlamat perjuangan; ~ air aliran air (semacam parit kecil); ~ bibir = ~ hidung lekuk di bibir atas di bawah hidung; ~ kapal riak air di belakang sesebuah kapal yg sedang bergerak, keracak; ~ sungai dasar sungai yg lekuk dalam dan memanjang; ~ tanggam sj lurah sambungan pd perkakas kayu; ~ tenggala alur yg terjadi apabila mem­bajak; ~ tengkuk lekuk di tengkuk; ~ ber­tempuh, jalan berturut prb dilakukan me­nurut adat (kebiasaan yg lazim); beralur 1. ada alurnya, berlekuk, berlurah: laras senapang itu ~; 2. Mn bermesyuarat (mencari jalan yg benar); habis ~ maka beralu-alu prb jika dgn jalan mesyuarat tidak tercapai persetujuan, baharulah digunakan kekerasan; mengalur-alur (menjadi) spt alur; dadanya ~ dadanya spt alur (ia kurus sekali); aluran 1. = alur-aluran lekuk memanjang (di sungai dll); 2. = ~ adat Mn jalan adat yg sebenarnya (yg betul). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *