Maksud analisis

analisis dalam bahasa Inggeris: analysis

Maksud perkataan ini:

[a.na.li.sis] | اناليسيس

Definisi : 1 penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya (buruk baiknya dll); kajian. 2 pemisahan bahagian sesuatu sebatian atau bahan dgn kaedah kimia. ~ kualitatif ist analisis utk mengenal pasti sama ada sesuatu unsur atau sebatian dlm keadaan tulen atau campuran, melalui ujian kimia atau kaedah fizik. ~ kuantitatif ist analisis utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan melalui ujian kimia atau kaedah fizik. ~ sistem ist penelitian terhadap peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tsb serta menentukan cara utk menyelesaikan masalah, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan. menganalisis 1 menghuraikan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya dll; mengkaji. 2 menceraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya dgn kaedah kimia. penganalisisan hal atau perbuatan menganalisis. penganalisis orang yg menganalisis sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *