Maksud asap

Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:

asap dalam bahasa Inggeris: smoke

Maksud perkataan ini:

[a.sap] | اسڤ

Definisi : 1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb naik ke udara); 2. = ~ air wap; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata; ~ api asap yg keluar dr api; ~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan asap yg keluar apabila kemenyan dibakar; belum dipanjat ~ kemenyan prb belum ber­kahwin; menggantang ~ (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mung­kin dicapai);berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus; dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah beroleh keuntungan se­sudah lama menderita kekurangan;mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi; mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, meng­harum­kan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya; ~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn me­ngenakan asap dupa; pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi; perasap, perasapan tempat membakar ke­menyan dll, pedupaan: ia menyuruh aku me­masang ~ dan memasukkan sedikit setanggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Cara senang nak anak cepat belar membaca? Boleh tengok kelas membaca Minda Optima. Laju anak baca BM dan BI. Ada secara online dan secara fizikal.

Leave a Comment