admin

Maksud sebam

Apa tu sebam? Menurut DBP, sebam membawa maksud sudah luntur warnanya, tidak berseri lagi, malis; 2. warna yg suram (kelabu dll). Contoh ayat ialah: muka si dia itu sudah sebam apabila berpisah dengan kekasihnya.

Maksud pendinginan

Nak tahu apa maksud pendinginan? Pendinginan atau dengan kata lain penyejukan ialah proses mengeluarkan haba dan memindahkannya ke tempat lain. Tujuannya ialah merendahkan dan mengekalkan suhu tempat atau bahan tersebut. Sebagai contoh, penyaman udara ialah sejenis alat pendingin yang mendinginkan suhu di dalam sesbuah bilik. Boleh katakan pendinginan = penyejukan. Mungkin disalah eja sebagai pendingan.

Maksud cendekiawan

cendekiawan dalam bahasa Inggeris: intellectual Maksud perkataan ini: Definisi : kaum (orang) cerdik pandai; kaum (orang) terpelajar; intelektual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Kadang kala, orang tersalah eja perkataan ini seperti cendiakawan atau cendiakiawan.

Maksud cincang

cincang dalam bahasa Inggeris: chopped Maksud perkataan ini: [cin.cang] | چينچڠ Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Contoh ayat: Ali mencincang air itu tapi tidak putus-putus.