Maksud awan

awan dalam bahasa Inggeris: cloud

Maksud perkataan ini:

Definisi : 1. wap air yg bergumpal-gumpal di udara (kelihatan spt asap berwarna putih atau kelabu di langit): cahaya matahari menembusi ~ menyinari bumi; 2. corak ukiran; ~ bakat kuning awan yg kekuning-kuningan; ~ bakat merah awan yg kemerah-merahan; ~ belanda ukiran yg berbentuk daun-daun; ~ berarak a) awan yg bergerak; b) ukiran yg berupa daun yg berbelit; ~ berjentera ukiran yg berupa bulatan-bulatan; ~ berkeluk = ~ lingkungan ukiran yg berupa separuh bulatan; ~ bersilap ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ biji timun ukiran spt biji timun; ~ bunga cengkih ukiran spt bunga cengkih; ~ cina ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ dandan = ~ dendan = ~ selimpat ukiran spt anyaman; ~ gelugur ukiran yg berjalur-jalur; ~-gemawan berbagai-bagai rupa awan; ~ hitam mendung; ~ jawa ukiran yg separuhnya berupa daun-daun; ~ kelarai ukiran yg berupa petak-petak; ~-ke­mawan awan yg berkepul-kepul; ~ kera­wang ukiran yg tembus; ~ larat a) awan yg ber­pindah-pindah dibawa angin; b) sj ukiran yg coraknya berkait-kait; ~ mengandung hujan = ~ mendung awan hitam, mendung; ~ pengarak angin awan yg menandakan akan datang angin; ~ pintal ukiran yg berbelit-belit; ~ pucuk rebung ukiran yg merupai pucuk rebung; ~ tali air ukiran yg lurus-lurus; ~ tele­pok ukiran yg menyerupai bunga teratai; berawan diliputi awan: langit tidak ~;mengawan 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg ter­bang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, mem­bumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemun­cak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehen­daki itu jauh ~, tak mudah tercapai;merawan berada di atas awan, setinggi awan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Kedai buku dan komik di Makna.online kini dibuka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *