Maksud bahagi

bahagi dalam bahasa Inggeris: part

Maksud perkataan ini:

[ba.ha.gi] | بهاݢي

Definisi : belahan drpd sesuatu benda: benda itu dikerat menjadi empat ~; dua ~ sl dua pertiga; tiga ~ sl tiga perempat;membahagi 1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yg sama): keuntungan itu dibahagi dua; 2. memecahkan dan memberikan kpd: hasil kutipan itu dibahagi rata kpd rumah-rumah anak yatim piatu; 3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dgn sesuatu bilangan atau angka lain: lapan dibahagi empat; ~ konkrit mencari beberapa kali sesuatu angka yg terdapat di dlm angka lain;membahagikan 1. = membahagi membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian: Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kpd dua bahagian tetapi juga kpd dua iklim; sastera Melayu dapat dibahagikan kpd sastera lama dan sastera moden; 2. menjadikan terpisah, memisahkan: Selat Melaka ~ Semenanjung Malaysia dgn Sumatera; 3. memberikan;membahagi-bahagikan 1. membahagi dan memberikan kpd beberapa orang yg lain, mengagih-agihkan: ~ barang rampasan; 2. memberikan sesuatu (spt surat edaran, risalah, dsb) kpd setiap orang yg ada di sesuatu kawasan: ~ risalah;terbahagi dibahagi, dibahagikan;bahagian 1. hasil drpd membahagi: dibahagikan kpd tiga ~; 2. penggal (buku, cerita, dll): ~ terakhir buku itu tidak menarik; 3. hak atas barang yg dibahagi, habuan: ~ saya belum saya terima lagi; 4. sesuatu (benda, alat, dll) yg menyempurnakan barang yg lain: ~ tubuh; 5. unit dlm sesuatu jabatan (syarikat dll) yg menjalankan fungsi tertentu: ~ kewangan; 6. untung nasib: setiap hamba mempunyai ~nya masing-masing;sebahagian setengah, segolongan;pembahagian perihal membahagi(kan): dlm ~ itu Si Tenggang tidak ketinggalan drpd mendapat habuannya;pembahagi 1. yg membahagi(kan); 2. (Mat) bilangan yg dipakai utk membahagi; ~ dua (Mat) garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ persekutuan terbesar Id bilangan terbesar yg dapat membahagi beberapa bilangan lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *