Maksud bakar

Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:

bakar dalam bahasa Inggeris: to burn

Maksud perkataan ini:

[ba.kar] | باکر

Definisi : ; bahan ~ sesuatu yg dibubuh ke dlm api (spt kayu, arang batu, minyak) utk membakar. pisang ~ pisang yg dimasak dgn cara membubuhnya ke dlm bara api; roti ~ roti yg dipanggang di api. membakar 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. terbakar sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. bakaran benda-benda yg dibakar, benda-benda yg terbakar: Asap dr ~ sampah itu berkepul-kepul naik ke langit. kebakaran bencana yg disebabkan oleh api; kerosakan oleh api: Satu ~ besar telah berlaku di kawasan yg padat penduduknya di bandar itu. pembakaran cara atau perbuatan membakar: ~ mayat dilakukan oleh orang-orang yg beragama Hindu. pembakar 1 orang yg membakar: Orang pekak dijadikan ~ meriam. 2 sesuatu yg digunakan utk membakar: Usah ditarik sumbu ~ mercun itu! (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Cara senang nak anak cepat belar membaca? Boleh tengok kelas membaca Minda Optima. Laju anak baca BM dan BI. Ada secara online dan secara fizikal.

Leave a Comment