Maksud banding

0 78

banding dalam bahasa Inggeris: appeal

Maksud perkataan ini:

[ban.ding] | بنديڠ

Definisi : sama dgn; imbang; tara: Kehandalan Hang Tuah tidak ada ~nya pd zaman itu. berbanding 1 ada bandingnya: Kecantikannya tidak ~. 2 seimbang (dgn); sepadan: Perbelanjaan hendaklah ~ dgn pendapatan. 3 dibandingkan (dgn): Kadar pendapatan penduduk tahun ini bertambah ~ dgn tahun lalu. membandingkan melihat dua benda utk mengetahui apa-apa yg sama dan apa-apa yg berlainan: Dlm kajiannya, beliau telah ~ sastera Melayu dgn sastera Inggeris. bandingan 1 apa-apa yg dianggap sama; imbangan. 2 hasil drpd membandingkan. perbandingan 1 hal berbanding atau dibandingkan. 2 persamaan (ttg sesuatu sifat dsb); sesuatu yg seimbang: ~ dlm bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak. 3 ibarat: Kejayaannya boleh dijadikan ~. pembandingan perbuatan atau hal membandingkan: ~ peta tumbuh-tumbuhan dgn peta muka bumi dpt membantu kamu memahami keadaan alam di sesuatu kawasan. pembanding 1 orang yg membandingkan. 2 alat yg digunakan utk membandingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

---

Biar Makna.online wujud tanpa iklan

Tolong Makna wujud tanpa sebarang iklan. Jika setiap pelawat Makna menderma RM1, laman web ini boleh hidup tanpa sebarang iklan. Klik sini untuk baca butirannya.

---

Leave A Reply

Your email address will not be published.