Maksud bank

bank dalam bahasa Inggeris: bank

Maksud perkataan ini:

[bangk] | بڠک

Definisi : 1. institusi yg menawarkan perkhidmatan kewangan spt jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman, dan terimaan bil pertukaran: menyimpan wang di sebuah ~ tempatan; 2. bekalan, simpanan atau rizab utk kegunaan pd masa depan atau apabila diperlukan: ~ data; ~ mata; ~ darah; ~ asing bank yg beroperasi di negara lain selain negara asal tempat bank tersebut diperbadankan; ~ darah tempat menyimpan darah utk kegunaan di hospital dsb; ~ data pusat pengumpulan dan penyimpanan pelbagai sumber data; B~ Dunia = B~ Antarabangsa utk Pemulihan dan Pembangunan bank yg menjamin pinjaman atau memberi pinjaman kpd negara anggota (utk pemulihan dan pembangunan ekonomi); ~ eksport-import bank yg memberi atau menjamin pinjaman utk perdagangan antara negeri sendiri dgn negeri-negeri lain; ~ Islam bank yg urus niaga kewangan dan pengagihan dananya berdasarkan syariat Islam; ~ jurubank bank yg berperanan sbg jurubank kpd sekumpulan bank lain di sesebuah kawasan; ~ kerajaan bank yg menjalankan tugasnya mengikut undang-undang negeri-negeri di Amerika Syarikat; ~ konsortium sekumpulan bank yg bergabung utk memberikan pinjaman jangka sederhana dlm jumlah yg besar, biasanya bagi keperluan pelanggan antarabangsa; ~ koperasi bank yg dimiliki oleh ahli yg menerima deposit, menawarkan khidmat pinjaman dan membayar faedah kpd ahli tersebut; ~ luar pesisir bank asing yg beroperasi di sesebuah negara dgn menikmati pengecualian cukai drpd negara berkenaan, mis bank luar pesisir di Labuan; ~ mata pusat simpanan kornea dan selaput tetuban utk tujuan pemindahan kornea mata; ~ negara = ~ pusat bank yg mengawasi perjalanan ekonomi negara dgn cara mengawal pergerakan bank-bank perdagangan (import-eksport wang dll) dan menyimpan wang kerajaan serta bank-bank lain; ~ pembangunan bank yg menguruskan dana kerajaan dan badan berkanun utk diberikan pinjaman kpd pelbagai sektor penting bagi menjana pembangunan negara; ~ perdagangan bank yg menyimpan wang orang ramai dll serta memberi pinjaman dgn mengenakan bayaran faedah; ~ pertanian bank yg ditubuhkan khusus utk membantu para petani mendapatkan bantuan kewangan utk memulakan atau menjalankan kegiatan atau perusahaan pertanian; ~ saudagar bank yg memberi perkhidmatan (spt memberi pinjaman dsb) kpd badan dan perniagaan sahaja; ~ simpanan bank yg menerima deposit dan membayar faedah terhadap simpanan; perbankan aktiviti yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank: sistem ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *