Maksud bapa

bapa dalam bahasa Inggeris: father

Maksud perkataan ini:

[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1. ayah; ibu ~ orang tua; 2. saudara lakilaki ibu atau bapa: ~ ngah; 3. panggilan kpd orang tua sbg tanda hormat kepadanya; 4. perintis jalan, pelopor: Dato’ Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya; 5. Id orang yg dipandang sbg orang tua (spt guru, ketua kampung, dsb); ~ angkat orang yg tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sbg bapa sendiri; ~ ayam a) ayam jantan; b) bapa yg tidak mempedulikan anaknya; c) lelaki yg memperdagangkan pelacur; ~ balar Tr kerbau jantan yg balar; ~ besar datuk; ~ cik a) adik laki-laki bapa atau emak; b) panggilan anak-anak kpd orang laki-laki dewasa; ~ kecil = ~ muda bapa cik; ~ saudara abang atau adik lelaki kpd ibu atau bapa; ~ Suci Paus (di Rom); ~ tiri suami emak (bukan bapa kandung); ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dsb;sebapa mempunyai bapa yg sama (tetapi berlainan emak), seayah; berbapa 1. mempunyai bapa, berayah: sejak kecil lagi dia sudah tidak ~; 2. menganggap seseorang sbg bapa, berayah; 3. menyebut bapa;berbapakan mempunyai seseorang (yg berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dsb yg dinyatakan) sbg bapa, berayahkan: ~ seorang Inggeris; ~ seorang polis; ~ seorang yg pembengis;kebapaan sifat sbg bapa, keayahan: dia menunjukkan sifat-sifat ~ yg tulen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *