Maksud bawa

bawa dalam bahasa Inggeris: take it

Maksud perkataan ini:

[ba.wa] | باوا

Definisi : ; membawa 1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini. ~ diri a. pergi melarikan diri. b. menjaga serta menyesuaikan diri dgn keadaan. ~ hati a. mencurahkan isi hati (kpd). b. merajuk dan pergi ke tempat lain (kerana kecil hati, kecewa dsb). ~ jalan menunjukkan jalan; memulakan sesuatu pekerjaan. ~ makna (maksud) mempunyai sesuatu maksud. ~ mati (maut) menyebabkan mati. ~ mulut bercakap-cakap ttg hal orang. ~ untung a. menyebabkan mendapat untung. b. pergi mencari penghidupan di tempat lain. membawakan 1 membawa sesuatu yg akan diberikan kpd orang lain; membawa sesuatu utk: Ahmad ~ adiknya buah limau dan buah anggur. 2 membaca (sajak dsb) atau menyampaikan lagu dll: Dlm jamuan itu, Ahmad telah ~ lagu Bunga Tanjung. terbawa 1 dibawa dgn tidak sengaja: Mula-mula saya hanya bermain-main dgn tongkat datuk, tetapi kemudian tongkat itu ~ pulang. 2 dpt dibawa; sanggup dibawa; terdaya: Barang sebanyak itu tidak ~ olehnya. bawaan 1 apa-apa yg dibawa: ~ yg melebihi 40 kilogram beratnya akan dikenakan bayaran tambahan. 2 harta benda yg dibawa ketika berkahwin: Apabila berlaku perceraian, ~ isteri pulang kpd isteri. 3 benda yg dibawa sbg hadiah; buah tangan: Setiap kali dia datang, ada-ada saja ~nya. 4 berkaitan dgn sesuatu yg dibawa oleh: penyakit ~ air penyakit yg tersebar melalui air yg tercemar. pembawaan 1 perbuatan (hal, cara dsb) membawa atau membawakan. 2 sifat (tabiat dsb) seseorang sejak lahir. pembawa 1 orang yg membawa sesuatu: ~ berita. 2 benda yg membawa sesuatu: kuman ~ penyakit. 3 orang yg mengemudikan kenderaan; pemandu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *