Maksud berat

berat dalam bahasa Inggeris: heavy

Maksud perkataan ini:

[be.rat] | برت

Definisi : 1 kuat tekanannya apabila diangkat; tidak mudah diangkat atau dibawa: Peti ini tidak terangkat olehnya kerana terlalu ~. 2 besarnya atau kuatnya tekanan sesuatu benda apabila ditimbang: Jalan ini hanya dpt dilalui oleh kenderaan yg ~nya tidak melebihi dua tan. 3 tidak mudah melakukannya; susah: Hitungan semacam ini terlalu ~ bagi kanak-kanak sekolah rendah. 4 terlalu teruk; parah: Penyakitnya setiap hari bertambah ~. 5 lebih besar ukurannya drpd yg biasa: senjata ~ senjata yg besar-besar, spt meriam. ~ badan a. malas bergerak atau malas berusaha. b. sedang hamil (bkn wanita). ~ ekor malas bekerja. ~ hati a. tidak sampai hati atau enggan berbuat sesuatu. b. cenderung memikirkan sesuatu; keras sangkaan. ~ lidah (mulut) kurang ramah; pendiam. ~ tangan malas bekerja. ~ telinga kurang jelas pendengarannya. memberati menjadikan berat (oleh sesuatu); menjadi sbg beban tambahan kpd: Soal rumah tangga ~ fikirannya. Urusan-urusan di luar pejabat ~ tanggungannya. memberatkan 1 menyebabkan menjadi berat; menaruh sesuatu sehingga menjadi berat: Ia ~ tali kailnya dgn timah. 2 menjadikan sesuatu tuduhan lebih kuat; menguatkan tuduhan: Saksi pihak pendakwa ~ tuduhan terhadapnya dgn memberikan beberapa keterangan. 3 menganggap lebih penting; mementingkan: Ia ~ soal parti drpd urusan rumah tangganya. memperberat menjadikan lebih berat; menambah berat. keberatan 1 sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2 berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. pemberatan perbuatan atau hal memberati atau memberatkan. pemberat sesuatu atau benda yg memberati atau memberatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment