Maksud bocor

0 8

bocor dalam bahasa Inggeris: leaked

Maksud perkataan ini:

Definisi : 1. lubang tiris (atap, perahu, dll), lubang pancit (tayar): atap ini sudah ada ~nya; membunuh ~ menutup lubang tiris; 2. berlubang hingga air atau angin dapat tembus, tiris: atap ini sudah ~ benar; 3. terbuka rahsia, sudah diketahui orang (rahsia dll): kertas peperiksaan tahun ini ada yg ~; 4. bp selalu buang air; ~ mulut tidak dapat menyimpan rahsia, tidak dapat menutup mulut;membocorkan 1. menjadikan bocor (tiris dll); 2. menjadikan diketahui orang (rahsia dll): ada orang yg telah ~ rahsia itu; bocoran 1. lubang yg menyebabkan air atau angin dapat keluar (masuk); 2. air yg keluar atau masuk melalui benda yg bocor;kebocoran 1. perihal bocor: siapa yg bertanggungjawab atas ~ rahsia itu? 2. mengalami bocor: sampan itu tidak dapat belayar kerana ~;pembocoran perihal (perbuatan) membocorkan: ~ rahsia;pembocor orang yg membocorkan (rahsia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave A Reply

Your email address will not be published.