Maksud bulat

Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:

bulat dalam bahasa Inggeris: round

Maksud perkataan ini:

[bu.lat] | بولت

Definisi : 1. spt bola bentuknya: matanya yg ~ dan merah menentang mukaku; 2. bundar spt talam atau duit syiling; 3. lengkap seluruhnya (tidak pecah dll), dgn keseluruhannya (tidak berpecah-pecah, tidak berbelah bagi), bersatu, berpadu: seluruh rakyat berdiri ~ di belakangnya; kepercayaan yg ~; ~ bujur = ~ panjang = ~ telur bulat memanjang (lonjong); ~ cekung lekuk yg melengkung; ~ cembung cembung yg melengkung; ~ fikiran tetap (teguh) fikiran; ~ geter Kl bulat benar (sungguh); ~ hati a) lurus hati; b) tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh; ~ kata = ~ muafakat semuafakat, seia; ~ leting Kd betul-betul bulat; ~ lurus panjang bulat spt buluh; ~ mata biji mata; ~ pipih bulat dan pipih (spt duit syiling); ~ suara semuafakat; ~ tekad tetap hati; ~ torak bulat lurus; nombor ~ bukan nombor pecahan; telanjang ~ tidak bertutup sesuatu apa pun; ~ air oleh pembuluh, ~ kata oleh muafakat prb, Mn kata sepakat tercapai dgn mesyuarat; ~ boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan prb, Mn sudah semuafakat benar-benar;sebulat dgn sangat bulatnya: keputusan ~ suara; mereka telah ~ pakat akan pindah dr sana;bulat-bulat 1. berbentuk bulat; 2. = bulat-mulat dgn keseluruhannya (seluruhnya), sepenuh-penuhnya, dgn begitu sahaja: ular itu menelan ~ seekor anak kambing; Menteri itu menolak ~ usul parti pembangkang;membulat 1. nampak bulat: segulung rambut pendek ~ spt sanggul; 2. menjadi bulat: perutnya yg ~ semakin jelas kelihatan;membulati mengambil seluruhnya;membulatkan 1. membuat bulat (bundar); ~ tinju mengepalkan tangan; 2. menjadikan padu, memadukan; ~ fikiran (hati, kemahuan, tekad, dll) menetapkan fikiran dll, mengarahkan fikiran dll kpd; ~ muafakat menyesuaikan pendapat, menyelesaikan muafakat dgn pendapat yg bulat; bulatan sesuatu yg bulat, lingkaran: ~ bumi;buatlah satu ~ dlm segi tiga itu;kebulatan perihal bulat, kepaduan: ~ fikiran (muafakat, tekad, dll);berkebulatan mempunyai kebulatan, berpadu, bersatu: hendaknya sekalian ulama ~ memberi pengajaran kpd anak-anak kita;pembulatan proses (cara) membulatkan sesuatu (angka dll): pengiraan yg melibatkan ~ angka akan menghasilkan keputusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Cara senang nak anak cepat belar membaca? Boleh tengok kelas membaca Minda Optima. Laju anak baca BM dan BI. Ada secara online dan secara fizikal.

Leave a Comment