Maksud butang

Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:

butang dalam bahasa Inggeris: button

Maksud perkataan ini:

[bu.tang] | بوتڠ

Definisi : 1. benda kecil, biasanya bulat dibuat drpd logam, plastik, dll, digunakan utk mengancing pakaian atau sbg hiasan, buah baju, kancing baju (pakaian); ~ cangkuk butang yg terdiri drpd cangkuk dan penyangkutnya; ~ katup butang yg terdiri drpd dua belah dan ditutup dgn cara menekan yg satu di atas yg lain; lubang ~ lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan (mengenakan) butang; 2. benda kecil pd alat (pesawat dsb) yg bentuknya atau rupanya seakan-akan butang pd pakaian dan ditekan utk menghidupkan atau menggerakkan alat (pesawat dsb) yg berkenaan; berbutang 1. mempunyai (memakai) butang (bkn baju, skirt, seluar, dsb): bajunya ~ di belakang; 2. berpasang butangnya: dia membiarkan bajunya terbuka, tidak ~; berbutangkan menggunakan sesuatu sbg butang: baju kurungnya ~ mutiara;membutangkan 1. memasangkan butang (pd pakaian dsb dgn cara menjahitkannya); 2. memasangkan (mengenakan, melekatkan) butang (utk mengatup): dia ~ kotnya; pembutangan perbuatan (cara) membutangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Cara senang nak anak cepat belar membaca? Boleh tengok kelas membaca Minda Optima. Laju anak baca BM dan BI. Ada secara online dan secara fizikal.

Leave a Comment