Maksud cakap

cakap dalam bahasa Inggeris: say it

Maksud perkataan ini:

[ca.kap] | چاکڤ

Definisi : I apa-apa yg diucapkan; tutur; kata. ~ ajuk cakap spt yg dituturkan oleh penutur asalnya. ~ angin cakap yg tidak ada isi dan tidak berfaedah; omong kosong. ~ besar cakap yg membesar-besarkan diri sendiri. ~ mulut bahasa yg digunakan dlm perbualan sehari-hari. ~ pindah cakap yg sudah diubah bentuknya menjadi laporan. bercakap 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. bercakap-cakap berbual-bual; beromong-omong: Ia sedang ~ dgn kawannya semasa saya tiba. mempercakapkan 1 bercakap(-cakap) ttg sesuatu; memperkatakan: Tidak sesiapa pun yg dibenarkan ~ hal-hal itu di khalayak ramai. 2 menggunakan sesuatu bahasa utk melahirkan atau utk menyatakan sesuatu; menuturkan sesuatu: Bahasa Melayu dipercakapkan oleh lebih drpd 100 juta manusia. percakapan 1 perbuatan atau hal bercakap; perbualan: ~ dan tingkah lakunya sopan dan tertib sekali. 2 apa-apa yg dipercakapkan: ~ mereka melarat dr satu perkara ke satu perkara hingga larut malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak tengok produk yang boleh tolong dapatkan kulit yang lebih flawless? Boleh tengok di channel Telegram My Skincare Guide ini.

Leave a Comment