Maksud cari

cari dalam bahasa Inggeris: Find

Maksud perkataan ini:

[ca.ri] | چاري

Definisi : ; mencari berusaha supaya mendapat atau menjumpai sesuatu: Dia sedang ~ cincinnya yg hilang. ~ akal (fikiran) berusaha mendapatkan sesuatu cara utk mencapai sesuatu; berfikir. ~ bala (susah) sengaja mencari kesusahan. ~ fasal (sebab) sengaja berbuat se­suatu utk me­nimbulkan kekacauan. ~ helah mengada-adakan sesuatu sbg alasan atau helah. ~ kesalahan (salah) sengaja berusaha utk mengetahui ke­salahan orang lain. ~ laba (untung) ber­usaha utk mendapat laba. ~ makan (nafkah, rezeki) bekerja utk menyara hidup. ~ muka melakukan sesuatu utk mendapat pujian. ~ nama melakukan se­suatu utk mendapat nama (sanjung­an, kemasyhur­an dll) drpd pihak-pihak tertentu. men­cari-cari 1 mencari dgn sungguh-sungguh: Dia merayau ke sana ke mari ~ duitnya yg hilang. 2 sengaja meng­ada-adakan sesuatu sbg sebab (alasan dll): Tak usahlah kita ~ kesalahan orang. mencarikan mencari sesuatu utk: Beliau ~ isterinya yg mengidam itu buah mempelam. tercari-cari memandang ke sana ke mari supaya menjumpai sesuatu: Janganlah dayang ~, hamba di sini tidakkah disedari? penca­rian 1 = mata ~ pekerjaan yg dibuat utk mencari nafkah: ~ hidup mereka ialah bertani. 2 hasil drpd sesuatu kerja; pendapatan: Kerana ~ orang tuanya sangat sedikit, maka ia terpaksa berhenti belajar. 3 perbuatan atau hal mencari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *