Maksud catur

catur dalam bahasa Inggeris: chess

Maksud perkataan ini:

[ca.tur] | چاتور

Definisi : sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut per­aturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur; bercatur 1. bermain catur: leka ia ~ juga dgn Si Kembang Cina; 2. bercorak spt petak-­petak papan catur: kain ~; mencatur ki menjadikan politik (ekonomi dll) sbg permainan: kini kita dicatur oleh institusi politik dan negara bangsa yg berbentuk moden; mempercaturkan ki memperlakukan siasah(ekonomi dll) spt catur: yg dipercaturkan ialah orang Melayu Sri Lanka yg sedang mengalami kepupusan identiti; caturan sulam yg berpetak-petak; percaturan 1. tempat bermain catur: 2. peri­hal bercatur (permainan catur); 3. ki permainan (siasah) politik: Pakistan memainkan peranan baru dlm ~ politik di Asia; pencatur 1. orang yg bermain catur: Kejohanan Olimpiad adalah medan pertama bagi ramai ~ remaja utk mencipta nama; 2. ki orang atau pihak yg mencatur atau mempercaturkan: beliau menjadi ~ orde keamanan dunia mengikut cita rasa serta kepentingan bangsanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment