Maksud cemar

0 94

cemar dalam bahasa Inggeris: dirty

Maksud perkataan ini:

[ce.mar] | چمر

Definisi : 1 tidak bersih; kotor. 2 ki tidak baik (ttg nama); keji. bercemar berbuat sesuatu supaya menjadi cemar. ~ duli mengotorkan kaki (bermaksud sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan utk raja-raja saja). mencemari menjadikan cemar; mengotori: Tingkah laku yg tidak sopan telah ~ nama baiknya. mencemarkan 1 menyebab­kan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2 ki memburukkan (ttg nama); mengeji­kan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. tercemar menjadi cemar: Namanya ~ oleh kelakuannya yg tidak senonoh. pencemaran perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran: Masalah ~ udara sering dihadapi oleh negara-negara yg sedang membangun. ~ alam pencemaran kebersihan alam (udara, air dan daratan) dgn sampah sarap dsb. ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalang­an masyarakat. pencemar 1 orang yg mencemarkan. 2 sesuatu atau bahan yg mencemari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.