Maksud cermin

cermin dalam bahasa Inggeris: mirror

Maksud perkataan ini:

[cer.min] | چرمين

Definisi : 1 = ~ muka kaca yg diguna­kan utk melihat bayang diri sendiri; kaca muka: Ia membawa bedak, sisir dan ~ kecil dlm begnya. 2 benda keras yg mudah pecah dan biasanya jernih, lejas atau lesam dan dpt digunakan utk membuat penutup tingkap dsb; gelas; kaca: Bilik pegawai itu berdindingkan ~. 3 = ~ mata kaca yg diberi berbingkai dan dipakai utk menambah daya penglihatan dsb; kaca mata. 4 ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keadaan sesuatu: Sastera ialah ~ masyarakat pd sesuatu zaman. ~ cekung cermin yg melengkung ke dalam. ~ cembung cermin yg melengkung ke luar. ~ seraga cermin yg dipasang pd bantal seraga. bercermin 1 melihat bayang diri sendiri dlm cermin. 2 memakai cermin; ada cermin pdnya; mempunyai cermin: Almari itu ~. ~ bangkai ki mendapat malu. mencerminkan membayangkan se­suatu keadaan; menggambarkan: Jumlah kaum yg diambil bekerja itu hendaklah ~ imbangan peratus drpd jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. tercermin terbayang; tergambar: Pergolakan jiwanya ~ dlm lukisannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak tengok produk yang boleh tolong dapatkan kulit yang lebih flawless? Boleh tengok di channel Telegram My Skincare Guide ini.

Leave a Comment