Maksud dada

0 3

dada dalam bahasa Inggeris: chest

Maksud perkataan ini:

[da.da] | دادا

Definisi : 1. bahagian tubuh yg di hadapan terletak di antara perut dgn leher; 2. = buah ~ susu (tetek) perempuan; 3. = rongga ~ ruang dada yg mengandungi jantung dan paru-paru; mem­busungkan ~ ki membanggakan diri, mem­per­lihatkan lagak sombong; 4. bahagian yg bertentangan dgn tulang belakang buku; ~ akhbar halaman hadapan akhbar; ~ ayam = ~ burung dada yg bergembung ke atas; ~ bidang dada yg lebar; ~ lapang ki sabar, tidak pemarah; ~ lega ki senang hati; (dgn) ~ terbuka (dgn) rela, (dgn) ikhlas; ~ manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga; belah ~ lihatlah hati prb berkata dgn benar; seluas ~ tuma prb terlalu sempit; tepuk ~ tanya selera prb berfikir dahulu sebelum membuat keputus­an; tiba di ~ dibusungkan, tiba di perut di­kempiskan prb perlakuan yg tidak adil; berdada mempunyai dada yg penuh (berisi); berdada-dadaan berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang; mendada 1. = berjalan ~ berjalan dgn mem­busungkan dada, berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis) dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran) se­orang lawan seorang; dadaan bahagian badan sebelah perut (ha­dapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave A Reply

Your email address will not be published.