Maksud damai

damai dalam bahasa Inggeris: peace

Maksud perkataan ini:

[da.mai] | داماي

Definisi : 1 tidak berperang atau tidak bermusuh-musuhan dll; aman: Rakyat Malaysia hidup dgn aman ~. 2 tenteram dan tenang (bkn suasana): Di ibu kota, sukar terdapat suasana ~. berdamai 1 berbaik semula (selepas berperang, bergaduh dll): Kedua-dua belah pihak yg berperang itu telah ~. 2 bermuafakat; berunding: Mengenai pembinaan surau itu, kita boleh ~. mendamaikan menjadikan damai. memperdamaikan membaikkan semula dua pihak yg bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dll); menjadikan berdamai: Dia mencuba ~ orang-orang Israel dgn orang-orang Palestin. kedamaian keadaan damai; keamanan; ketenteraman. perdamaian hal atau perbuatan berdamai: ~ itu dicapai setelah usaha banyak dilaksanakan. pendamaian penyelesaian drpd keadaan bermusuh-musuhan (berperang dll); usaha (perbuatan) mendamaikan. pendamai orang yg mendamaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment