Maksud darjat

0 104

darjat dalam bahasa Inggeris: darjat

Maksud perkataan ini:

[dar.jat] | درجت

Definisi : 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya di­tentukan atau dipengaruhi oleh asal ke­turunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ ke­turun­annya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg di­lakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; sedarjat sama parasnya atau tingkatannya dsb (bkn pangkat, kedudukan, keturunan, dll) sama darjatnya, setaraf; berdarjat 1. berkedudukan atau bertaraf tinggi (dlm masyarakat), berpangkat: katanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang yg ~, aku diterajangnya; 2. = ber­darjat-darjat mempunyai (beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): masyarakat yg masih ~-darjat; mendarjatkan 1. menjadikan berdarjat (bertaraf, berkedudukan); 2. membaikkan (menaikkan) mutu atau keadaan; ~ baka membaikkan mutu baka; menyedarjatkan menjadikan sama darjat­nya, menyamakan darjatnya (ting­katannya, kedudukannya), menyetarafkan; pendarjatan perbuatan mewujudkan darjat (dlm sesebuah institusi dll): sistem ~ politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.