Maksud daun

daun dalam bahasa Inggeris: leaves

Maksud perkataan ini:

[daun] | داءون

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg keluar pd batang (dahan atau akar, biasanya berhelai-helai dan berwarna hijau): ~ pisang banyak gunanya. 2 benda yg berkeping-keping tipis atau berhelai-helai: ~ terup; ~ rokok. 3 benda yg lebar dan tipis: ~ kipas; ~ tingkap. ~ biji daun pertama yg tumbuh dr biji benih. ~ emas ist daun (kepingan) drpd emas tipis (±10-6 in) spt yg terdapat dlm elektroskop. ~ luruh ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. ~ pakau (terup) kepingan kadbod tipis berbentuk empat segi yg ditandai simbol, gambar rajah dsb dan digunakan dlm permainan terup atau utk melihat nasib. ~ pintu papan dll utk menutup pintu.~ sisik ist daun yg kecil dan tipis yg melindungi mata tunas (spt pd ubi kentang). ~ telinga bahagian telinga yg di luar. ~ tirus jenis pokok yg menghasilkan (mengeluarkan) kon; konifer. berdaun 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. daun-daunan berbagai-bagai jenis daun; beberapa banyak jenis daun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *