Maksud denda

denda dalam bahasa Inggeris: fine

Maksud perkataan ini:

[den.da] | دندا

Definisi : 1. hukuman berupa wang, sejumlah wang yg (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan spt melanggar peraturan, undang-undang, dll): setelah membayar ~, orang itu dilepaskan; 2. hukuman (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ~ atas murid yg datang lambat; mendenda 1. menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dgn memutuskan supaya yg bersalah membayar sejumlah wang: mahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yg didapati bersalah; 2. meng­hukum (biasanya berkaitan dgn ke­salahan yg agak kecil): ayahnya ~nya kerana ke­cuaiannya itu; didenda dgn emas yg habis, dipancung dgn pedang yg hilang prb denda pd nama sahaja, yg dikehendaki hanyalah perdamaian; dendaan 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri; pendendaan perihal (perbuatan) mendenda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *