Maksud deras

deras dalam bahasa Inggeris: tough

Maksud perkataan ini:

[de.ras] | درس

Definisi : 1 cepat atau laju sekali (bkn aliran air, sesuatu gerakan dll); lekas: Bukan main ~ dia berlari dlm perlumbaan itu. Air sungai itu mengalir begitu ~. 2 lebat (bkn hujan): ~ sungguh hujan petang semalam. menderas bergerak (berjalan, mengalir) dgn derasnya. menderaskan membuat supaya deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); mencepatkan; melajukan: Dia ~ perjalanan air dgn membuang sampah sarap yg ada di dlm tali air itu. memperderas membuat supaya lebih deras (mengalir, berjalan, bergerak dll); menjadikan lebih deras; mempercepat; memperlaju: Dia ~ keretanya kerana dia telah terlambat. kederasan 1 keadaan deras; kelajuan; kecepatan: ~ air sungai itu menyebabkan sampan yg dinaiki mereka terbalik. 2 kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu); kelajuan; kecepatan: Ali dpt membaca 4 halaman dlm masa 10 minit, berapa lamakah ia dpt membaca 50 halaman dgn ~ yg sama? penderasan perbuatan atau hal menderaskan; pencepatan; pelajuan. penderas alat (perkakas) utk mencepatkan gerakan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment