Maksud diam

diam dalam bahasa Inggeris: shut up

Maksud perkataan ini:

Definisi : 1 tidak bercakap (berbunyi, bersuara dll): Semua murid ~ apabila Guru Besar masuk ke bilik darjah. 2 tidak bergerak dan tidak berbuat apa-apa: Semasa kanak-kanak itu ~, eloklah kita ambil gambarnya. ~ membatu tidak bercakap-cakap; membisu. diam-diam 1 tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2 dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. berdiam, = ~ diri 1 tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): Dia ~ diri di balik tabir itu semasa polis mencarinya. 2 ki tidak berbuat apa-apa; tidak bertindak: Kita tidak harus ~ terhadap penghinaan itu. mendiamkan 1 membuat (menjadikan) diam: Dia ~ adiknya yg menangis itu dgn memberinya gula-gula. 2 menjadikan tidak bergerak: Dia ~ tangannya drpd menganyam tikar itu sebentar. 3 membiarkan saja; tidak mempedulikan: Didiamkannya saja perkara yg kecil-kecil itu. terdiam terhenti bercakap (bergerak, bersuara dll): Semuanya ~ apabila mendengar pekikan meminta tolong. pendiam orang yg tidak suka bercakap-cakap: Walaupun dia ~, dia bagus dlm pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak tengok produk yang boleh tolong dapatkan kulit yang lebih flawless? Boleh tengok di channel Telegram My Skincare Guide ini.

Leave a Comment