Maksud dinding

dinding dalam bahasa Inggeris: Wall

Maksud perkataan ini:

[din.ding] | دينديڠ

Definisi : 1. penutup (penyekat) ruang, ba­ngunan, bilik, dll yg dibuat drpd kayu, bata, dll; sebuah gambar tergantung di ~; lampu ~ lampu yg disangkutkan di dinding; 2. sesuatu yg menyerupai dinding: ~ abdomen; ~ kambi papan (kayu) pd kaki dinding; ~ sel selaput yg menyelaputi sel; ~ tepas dinding yg dibuat drpd pelepah daun kumbar; ~ teretas, tangga terpasang prb bukti yg cukup utk menyatakan sesuatu hal; jadi ~ tasak peti permainan prb orang harapan raja dan orang besar-besar; berdinding, berdindingkan menggunakan (memakai) dinding: rumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu; mendinding 1. memasang (melekatkan) din­ding: ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya; mendindingi merupakan dinding (utk me­nyekat, melindungi, menahan, menutup, me­rintang, dll), menjadi dinding pd: pokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yg mandi drpd pelihatan orang ramai; pakatan SEATO ditubuhkan utk ~ kemaraan kuasa Komunis; mendindingkan menggunakan sesuatu spt dinding; ~ tangan meletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dll; terdinding tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung: jikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi; pendindingan perihal atau perbuatan men­dinding(i) atau mendindingkan; pendinding penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu; doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment