Maksud dorong

dorong dalam bahasa Inggeris: push

Maksud perkataan ini:

[do.rong] | دوروڠ

Definisi : ; mendorong 1 menolak (ke depan); menyorong (ke depan): Kereta yg rosak itu terpaksa didorong ke tepi. 2 memberi galakan; memberangsangkan; mempengaruhi: Saya berhutang budi kpdnya kerana dialah yg ~ saya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. terdorong 1 terlangsung (ke depan); tersorong (tertolak) ke depan: Keretanya kemik sebelah kerana ~ ke dlm longkang. 2 terpengaruh (tertarik, terpaksa) utk melakukan sesuatu: Setelah dipujuk berkali-kali, ~ juga dia utk pergi bersama mereka. dorongan 1 hasil drpd menolak atau menyorong (ke depan); tolakan; asakan. 2 nasihat (kata-kata) yg memberangsangkan; galakan; desakan: Ayahnya selalu memberi ~ supaya ia melanjutkan pelajarannya. pendorongan perbuatan atau hal mendorong. pendorong 1 benda yg mendorong (menyorong dll). 2 sesuatu atau seseorang yg menggalakkan (memberangsangkan); penggalak: Tidak ada ~ yg kuat utk orang-orang Melayu berkecimpung dlm lapangan perniagaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Iklan 1: Cuba tengok sama ada tool ini boleh tolong anda buat iklan yang ramai orang membeli atau tidak.

Iklan 2: Nak belajar baca Al-Quran dengan cepat? Cuba tengok CepatQuran.net. Apps untuk belajar Al-Quran yang paling mudah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *