Maksud duit

duit dalam bahasa Inggeris: money

Maksud perkataan ini:

[duit] | دوءيت

Definisi : 1 kepingan logam (drpd emas, perak, tembaga dll) yg dicap menjadi syiling, atau kertas yg dicap dgn nilainya sekali yg diterima atau yg diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu; wang: ~ saya sudah habis saya belanjakan. 2 ringgit; sen: 15 ~ 15 sen. ~ kopi a. duit yg diberikan kpd pemilik kedai (rumah dll) semasa hendak menyewa kedainya (rumahnya dll). b. = ~ suap duit yg diberikan kpd seseorang utk meluluskan dsb sesuatu. ~ luar pendapatan tambahan yg diperoleh dgn melakukan kerja-kerja lain drpd kerja rasmi. ~ pecah wang yg kecil nilainya. ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam. berduit 1 mempunyai wang; berwang: Saya tidak ~ utk membeli barang semahal itu. 2 mempunyai wang yg banyak; kaya: Kalau berkahwin dgn orang yg ~, tentulah mewah. duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan duit; tamak (akan) duit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *