Maksud dusta
dusta dalam bahasa Inggeris: lie
Maksud perkataan ini:
Definisi : tidak benar (bkn perkataan dll); bohong: Tuduhan itu ~ semata-mata kerana tidak ada buktinya. berdusta berkata tidak benar; berbuat dusta: Kalau dr kecil sudah pandai ~, apa lagi kalau sudah besar. mendustai membuat dusta kpd (terhadap); bercakap bohong kpd: Kita dilarang ~ sesiapa saja. mendustakan menganggap dusta (bohong); membohongkan: Janganlah ~ ajaran-ajaran agama. kedustaan perihal dusta; sesuatu yg dusta: Kejujuran ialah amanah dan ~ ialah khianat. pendustaan perbuatan mendustai atau mendustakan: ~ dan pembohongan dilarang sama sekali. pendusta orang yg (suka atau selalu) mendustai orang lain; pembohong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.