Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:
ekonomi dalam bahasa Inggeris: economy
Maksud perkataan ini:
Definisi : /ékonomi/ 1 ilmu ttg asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah-masalah kewangan (kemasyarakatan dll) yg bersangkutan dgnnya. 2 keadaan kekayaan atau kebendaan (sesebuah negara dll): Kedudukan ~ negara semakin kukuh. 3 urusan ttg perkara-perkara rumah tangga (spt perbelanjaan, penggunaan barang-barang). 4 tidak boros; hemat. ~ campuran sistem ekonomi yg sebahagian sumbernya dikawal oleh sektor awam dan sebahagian lagi dikawal oleh sektor swasta. ~ terbuka ekonomi yg melibatkan perdagangan sesebuah negara dgn negara yg lain. ~ tertutup ekonomi yg tidak melibatkan perdagangan antarabangsa, iaitu tidak wujud aktiviti import dan eksport barangan atau bahan pengeluaran. berekonomi 1 menjalankan sesuatu usaha menurut ilmu ekonomi. 2 bercermat atau berhati-hati dlm menggunakan wang; berhemat. mengekonomikan membelanjakan wang dgn hati-hati; menghematkan: Utk tujuan ini, beliau telah ~ segala perbelanjaan seberapa yg dpt. perekonomian hal-hal atau kegiatan-kegiatan ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Ekonomi dapat dieertikan secara umum sebagai ilmu yang berusaha menjelaskan perilaku manusia dalam memenuhi kebutuhan dan keinginan mereka dengan memaksimalkan penggunaan seluruh sumber daya yang dimiliki. Ekonomi dibagi menjadi 3 (tiga) bahagian iaitu:-
1. Mikroekonomi yang meneliti perilaku konsumer dan produser dalam memenuhi keperluan
2. Makroekonomi yang mempelajari perubahan – perubahan dalam ilmu statik dan dinamik
3. Ekonomi politik yang meneliti peranan kerajaan dalam proses ekonomi
Ekonomi mikro pula adalah cabang ilmu ekonomi yang mempelajari perilaku dan masalah yang terjadi pada pasaran.
Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah: