Maksud emas

emas dalam bahasa Inggeris: gold

Maksud perkataan ini:

[e.mas] | امس

Definisi : 1 logam berwarna kuning yg sangat berharga (biasanya dibuat perhiasan, spt cincin). 2 ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga dll): Masa itu ~. ~ bertitik emas yg ditempa. ~ bertuang emas yg dicetak. ~ kahwin wang dll yg wajib diberikan oleh pengantin lelaki kpd bakal isterinya pd masa nikah; mahar. ~ kerajang kertas tipis yg dibuat drpd emas dan digunakan utk perhiasan atau tulisan. ~ lombong emas yg ada di dlm batu-batu. ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya. ~ putih aloi atau pancalogam emas dgn nikel (paladium atau zink) yg warnanya seakan-akan platinum. ~ sepuluh mutu emas tulen (emas 24 karat). ~ tempawan a. emas yg ditempa. b. panggilan kpd perempuan yg cantik dan yg dikasihi. ~ tua emas yg tidak bercampur. ~ urai emas yg halus-halus spt pasir. beremas 1 memakai (mempunyai) emas. 2 berharta benda. mengemasi 1 melapis atau menyalut dgn emas. 2 memberi rasuah; menyogok. keemasan 1 disalut dgn emas; dibuat drpd emas; serba emas. 2 spt warna emas: Naga-naga itu diperintah oleh seekor raja naga yg berwarna ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment