Maksud embun

embun dalam bahasa Inggeris: dew

Maksud perkataan ini:

[em.bun] | امبون

Definisi : 1. wap air yg turun pd waktu malam (kerana sejuk); 2. wap air yg telah mengendap menjadi titik-titik (pd daun dll); ~ asap kabus atau embun halus spt asap pd malam hari; ~ betina = ~ rintik embun yg kecil-kecil titiknya; ~ jantan = ~ lebat embun yg besar titiknya; ~ pagi kabut pd waktu pagi; kering ~ waktu apabila embun mulai kering (kira-kira pukul 7 pagi); spt ~ di hujung rumput prb tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dll); spt ~ di atas daun prb selalu berubah (maksud, niat, tujuan); berembun 1. diliputi embun, disaput embun: rambutnya masih ~; 2. tidur di luar rumah dll (pd malam hari) hingga kena embun, berada (berjalan-jalan) di luar rumah dll pd malam hari (hingga kena embun): ia terpaksa ~ dan beratapkan langit hitam; mengembun 1. menjadi embun, menjadi titik-titik air yg halus: malam sudah sejuk dan udara mulai ~; 2. spt embun, menyerupai embun; mengembuni mengenai sesuatu dgn bertitik-titik: air matanya ~ gambar suami yg terletak di depannya; mengembunkan, memperembunkan meletakkan atau mendedahkan di tempat lapang atau di luar rumah supaya kena embun: ~ mengkuang pd waktu malam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *