Maksud enjin

enjin dalam bahasa Inggeris: engine

Maksud perkataan ini:

[én.jin] | اينجين

Definisi : /énjin/ alat yg dpt menukarkan sesuatu bentuk tenaga kpd bentuk tenaga yg lain terutama tenaga sawat; jentera; mesin. ~ diesel enjin pembakaran yg menggunakan tenaga haba dr udara yg dimampatkan utk membakar bahan api dlm silinder. ~ gas enjin yg menggunakan gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api. ~ pembakaran dalam ist enjin spt enjin diesel yg melibatkan berlakunya pembakaran bahan api dlm enjin yg sebenarnya dan tidak di luar (spt yg berlaku dlm enjin stim). ~ petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol sbg bahan api. ~ stim (wap) enjin yg dijalankan dgn kuasa wap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Untuk wanita yang inginkan panties selesa... boleh tengok Eyma Wear hari ini. Super selesa. Free size. Sesuai untuk yang berat 40kg - 70kg. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment