Maksud erat

erat dalam bahasa Inggeris: tightly

Maksud perkataan ini:

[e.rat] | ارت

Definisi : 1 tidak mudah lepas; tidak longgar (bkn ikatan atau pegangan); kuat-kuat: Anak itu memegang tangan ibunya dgn ~. 2 tetap, tidak berubah (bkn janji); rapat atau karib benar (bkn persahabatan, hubungan dll): Persahabatan mereka berdua itu sangat ~. mengeratkan 1 menjadikan erat (bkn ikatan, genggaman dll); menguatkan; meneguhkan. 2 menjadikan erat atau rapat (bkn persahabatan dll); merapatkan. mempererat 1 menjadikan lebih erat (bkn ikatan, genggaman dll). 2 menjadikan lebih erat atau lebih rapat (bkn persahabatan dll): Projek gotong-royong itu akan ~ hubungan antara penduduk kampung. keeratan keadaan erat; keteguhan; kerapatan; kekariban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Untuk wanita yang inginkan panties selesa... boleh tengok Eyma Wear hari ini. Super selesa. Free size. Sesuai untuk yang berat 40kg - 70kg. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment