Maksud fokus

fokus dalam bahasa Inggeris: focus

Maksud perkataan ini:

[fo.kus] | فوکوس

Definisi : 1 ist satu titik dlm sistem optik tempat sinar bertumpu atau tempat sinar mula mencapah. 2 sesuatu yg menjadi pusat perhatian: Mereka menitikberatkan perkara yg menjadi ~ perbincangan pd hari itu. 3 tumpuan perhatian, perbincangan dsb: Dia memberikan ~ pd mata pelajaran Sains. berfokus berpusat; bertumpu: Perbincangan itu ~ pd isu moral para remaja. memfokus membuat tumpuan pd satu titik atau pd satu objek: Kamera itu dpt ~ secara automatik. memfokuskan menjadikan cahaya bertumpu ke satu titik (dgn menggerak-gerakkan kanta dll). terfokus 1 tertumpu pd sesuatu yg diperhatikan: Mataku ~ pd tompokan darah di lantai. 2 tertumpu pd sesuatu sasaran: Usaha dan tindakan yg diambil mestilah ~ agar matlamat dpt dicapai. pemfokusan perbuatan, proses dsb memfokus atau memfokuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *