Maksud ganti

ganti dalam bahasa Inggeris: change

Maksud perkataan ini:

[gan.ti] | ݢنتي

Definisi : 1. silih, penukar, pampasan: ambillah buku cerita ini sbg ~ tengok wayang; 2. = pengganti wakil: kalau engkau tak mahu pergi akulah ~ kau; 3. bp beralih, bertukar, berubah (tempat dll); ~ nama (Lin) kata utk menyebut diri (saya, engkau, dll); ~ tikar kahwin dgn adik atau kakak isteri yg telah mati; ~ hidup berkeredaan, ~ mati berkebulatan prb utk mendapatkan ganti seseorang ketua perlulah dgn muafakat;berganti bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar; berganti-ganti, bergantian bertukar-tukar, bergilir-gilir, silih berganti: seseorang yg berada di sebelah kanan anda datang ke depan anda secara ~;mengganti 1. menukar (dgn yg lain, yg baru, dll), menjadikan berganti: pegawai ini perlu diganti dgn seorang yg lebih cekap; 2. memberikan sesuatu kpd seseorang dll sbg cara memulangkan barang dsb yg sudah dihilangkan (dirosakkan dsb), memberi (membayar) ganti rugi: saya tidak dapat ~ pen awak yg sudah hilang itu; 3. mengambil tempat seseorang utk menjalankan sesuatu tugas dll: mengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dlm mesyuarat itu? menggantikan menjadi ganti: anak negeri yg pandai sudah boleh ~ pegawai-pegawai dagang; gantian sesuatu yg dapat menggantikan (mengambil tempat) sesuatu yg lain; pergantian pertukaran, peralihan, perubah­an (kpd sesuatu yg lain); penggantian perihal atau perbuatan mengganti(kan): mereka merundingkan perkara ~ Ketua Kampung; pengganti benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment