Maksud gatal

gatal dalam bahasa Inggeris: itchy

Maksud perkataan ini:

[ga.tal] | ݢاتل

Definisi : 1 berasa atau perasaan tidak enak pd kulit hingga menimbulkan keinginan hendak menggaru: ~ benar kepalaku ini, banyak kelemumur agaknya. 2 menyebabkan berasa gatal: Ulat bulu ini ~, jangan dipegang. 3 suka atau ingin bersetubuh. 4 = gatal-gatal terlalu ingin hendak berbuat sesuatu: Tangannya ~ hendak menempeleng orang yg mencuri wangnya itu. ~ mulut sangat suka bercakap-cakap yg bukan-bukan; suka berleter atau suka mengumpat. ~ tangan suka membuat sesuatu yg bukan-bukan dgn menggunakan tangan. menggatalkan menjadikan atau menyebabkan berasa gatal: Bunga itu cantik, tetapi getahnya ~ kulit. kegatalan 1 menderita gatal pd kulit: Anak itu ~ kerana badannya berkudis. 2 keadaan atau rasa gatal: Bahan itu menyebabkan ~ pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *