Maksud gelang

gelang dalam bahasa Inggeris: bracelet

Maksud perkataan ini:

Definisi : 1 apa-apa yg berbentuk bundar spt cincin. 2 barang perhiasan yg biasanya dibuat drpd logam berharga dan dipakai pd lengan atau pd kaki. ~ bajang gelang yg dibuat drpd benang hitam sbg tangkal. ~ kana gelang emas yg kosong di dalamnya dan dipakai pd pangkal lengan oleh raja-raja atau pengantin. ~ keroncong gelang kaki yg berloceng kecil-kecil. ~ kunci gelang yg digunakan utk menggantung anak kunci. ~ mayang gelang yg halus-halus (kecil) yg dipakai banyak-banyak. ~ tahunan lapisan atau bulatan (yg kelihatan pd batang kayu jika dipotong secara melintang) yg menunjukkan tebalnya atau banyaknya pertumbuhan dlm masa satu tahun. gelang-gelang 1 = gegelang segala benda yg berupa gelang. 2 = gelang raya sj cacing yg hidup dlm perut manusia atau binatang. 3 = ~ tanah cacing tanah yg ada gelang-gelang putih pd lehernya. menggelang 1 membuang kulit di keliling batang atau di bahagian pokok yg hendak ditut supaya akar akan tumbuh pd bahagian itu: Langkah pertama dlm usaha mengetut pokok adalah ~ bahagian pokok yg hendak ditut itu. 2 membuang kulit di keliling pangkal pokok supaya pokok itu mati. menggelangi 1 memasang gelang atau sesuatu spt gelang pd; memberi bergelang: Ani ~ tangannya dgn getah. 2 melekat atau berupa spt gelang pd: Sebuah jam tangan emas ~ tangannya. menggelangkan menggunakan, memakai atau menjadikan sesuatu sbg gelang: Dia ~ getah itu ke tangan anaknya. gelangan tempat atau bekas yg digelang (pd pokok). pergelangan 1 = ~ kaki bahagian kaki dekat buku lali. 2 = ~ tangan bahagian lengan sebelah bawah dekat dgn sendi tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment