Maksud geleng

geleng dalam bahasa Inggeris: shake

Maksud perkataan ini:

[gé.léng] | ݢيليڠ

Definisi : (géléng) gerakan ke kiri ke kanan atau sebaliknya (kepala); ~ spt si patung kenyang prb berjalan dgn sombongnya, sombong;bergeleng, bergeleng-geleng bergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya;menggeleng = ~ kepala menggoyang kepala ke kiri ke kanan atau sebaliknya;menggelengkan menggoyangkan kepala tanda tidak setuju (tidak mahu, hairan, kasihan, dll): apabila anak-anaknya sudah ~ kepala, tidak mahu minum lagi, barulah Dolah meneguk teh; tergeleng tergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya: dia memastikan kepalanya yg ~ itu tidak menerima apa yg dikatakan oleh Pak Ciknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *