Maksud genggam

0 48

genggam dalam bahasa Inggeris: handheld

Maksud perkataan ini:

[geng.gam] | ݢڠݢم

Definisi : kepalan tangan, cengkaman tangan utk memegang; ~-~ bara memegang-megang sahaja; segenggam banyak yg dapat dipegang dlm kepalan tangan: ~ tanah (beras); ~ digunungkan, setitik dilautkan prb sangat dihargai; menggenggam 1. memegang dlm genggam (kepalan tangan): ~ pisau; 2. ki menguasai, memerintah: banyak negeri di bawah angin ini yg digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~ teguh prb memegang suatu keputusan dgn tidak berubah lagi; digenggam tiada tiris prb paling hemat dgn wang dll; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan); menggenggamkan; ~ tangan mengepalkan tangan; tergenggam tercengkam, terkepal; barang ~ jatuh terlepas prb apa yg sudah diperoleh lenyap pula (menyatakan kemalangan); genggaman 1. kepalan tangan; 2. benda yg digenggam dlm tangan; 3. = dlm ~ di bawah perintah (kekuasaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.