Maksud gerak

gerak dalam bahasa Inggeris: movement

Maksud perkataan ini:

[ge.ra/] | ݢرق

Definisi : keadaan yg berlawan dgn diam; keadaan sesuatu benda yg beralih tempatnya atau kedudukannya: Tiap-tiap ~ ada sebabnya. ~ arah gerak atau perubahan sesuatu organisma sbg gerak balas ke arah perangsang atau jauh dr perangsang. ~ badan latihan spt bermain, bersenam dll utk menyihatkan badan. ~ balas ist tindak balas organisma terhadap rangsangan spt cahaya, air, sentuhan. ~ gempa gerak bumi yg tiba-tiba serta agak kencang; gempa bumi. ~-geri a. tingkah laku seseorang; kelakuan. b. bermacam-macam gerak pd anggota badan. ~ nadi gerak turun naik pd nadi; denyut nadi. bergerak 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. menggerakkan 1 menjadikan bergerak (spt bergoyang dll): Apabila kita membaca, otot-otot di belakang mata ~ mata kita ke kiri dan ke kanan. 2 memindahkan ke tempat lain; mengalih: Siapakah yg ~ barang-barang itu dr tempatnya? 3 mengejutkan seseorang yg sedang tidur; membangunkan; membangkitkan: Dia selalu ~ adiknya utk pergi ke sekolah. 4 menjadikan atau mengusahakan supaya berjalan, berfungsi dll (ttg pertubuhan dsb). ~ enjin menghidupkan atau menjalankan enjin. ~ pasukan memindahkan pasukan ke tempat lain. ~ rakyat membangkitkan kemahuan rakyat utk berusaha; membangkitkan semangat rakyat. tergerak bergerak dgn tiba-tiba; telah digerakkan: ~ di hati timbul perasaan. gerakan 1 hasil perbuatan bergerak: Janganlah kita membuat ~ badan yg keterlaluan selepas makan. 2 usaha atau kegiatan dlm masyarakat: ~ membasmi buta huruf telah berjalan dgn lancarnya. pergerakan keadaan atau hal bergerak. penggerakan perbuatan menggerakkan: Senaman melibatkan ~ anggota. penggerak sesuatu yg menggerakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment